PERTANGGUNGJAWABAN DALAM PERTARUHAN
Perjudian adalah satu bentuk hiburan yang menyeronokkan dan memuaskan. Pasukan 7Slots mendorong pemain kami untuk menentukan pertanggungjawaban dalam pertaruhan mereka sendiri, sementara kami membantu dengan nasihat yang membolehkan anda menetapkan dan mengawal had anda sendiri. Kami mahu anda menikmati bermain di 7Slots, jadi bertaruhlah dengan penuh tanggungjawab dan berseronoklah! Berikut adalah beberapa nasihat untuk anda:
- Anggap Perjudian sebagai satu Bentuk Hiburan
Berjudi tetap boleh menyeronokkan walaupun anda tidak menang, selagi anda bersedia sepenuhnya untuk kerugian anda dan tidak keberatan menghabiskan wang tersebut untuk menikmati diri anda. Kemenangan jauh lebih memuaskan apabila anda bersedia sepenuhnya.
- Mempunyai Bajet Tetap untuk Perjudian
Mungkin cara terbaik untuk mengelakkan masalah dengan perjudian adalah dengan memperuntukkan sejumlah wang tetap yang anda bersedia untuk kalah dalam jangka masa tertentu. Sekiranya anda menetapkan had anda sendiri dan berpegang kepada had tersebut, maka anda seharusnya dapat menikmati perjudian anda tanpa menghadapi sebarang masalah.
- Mencegah Perjudian di Bawah Umur
Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk bermain di 7Slots. Kami melakukan pemeriksaan untuk memastikan bahawa tidak ada orang di bawah umur yang sah dapat mengakses laman web perjudian kami.
- Periksa Sejarah Pertaruhan
Anda boleh mengakses sejarah lengkap transaksi, pengeluaran dan pendepositan dengan mudah melalui bahagian ‘Akaun Saya’ > ‘History’ di laman web untuk mengesan rekod anda.
- Persekitaran Online yang Selamat
Pilih satu persekitaran online yang selamat untuk mempunyai lebih keseronokan bermain. 7Slots memastikan laman web kami adalah satu lokasi yang selamat, di mana pemain boleh berseronok dalam persekitaran perjudian yang selamat. Semua proses pembayaran dan teknikal juga dikembangkan di satu gerbang yang selamat.
Sebahagian besarnya, pertanggungjawaban dalam perjudian adalah tentang bersikap rasional dan berdisiplin. Tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh menjadi satu hiburan yang sihat dan menyeronokkan. Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin juga dapat memenangi sejumlah wang. Petua tambahan berikut juga dapat membantu anda.
- Elakkan berjudi ketika anda kecewa atau tertekan.
- Jangan sesekali meminjam wang untuk berjudi.
- Elakkan berjudi apabila anda sedang pulih dari gangguan ketagihan atau kebergantungan.
- Elakkan alcohol dan/atau bahan lain semasa berjudi online.
- Ketahui bagaimana permainan tersebut berfungsi sebelum anda bertaruh.
- Seimbangkan perjudian dengan aktiviti rekreasi lain.
Kebanyakan orang menganggap perjudian sebagai satu aktiviti rekreasi. Ia merupakan satu cara yang menyeronokkan dan tidak berbahaya untuk mengisi masa lapang dan menghilangkan kebosanan dalam kehidupan harian. Tetapi, terdapat segelintir orang, bagi mereka aktiviti perjudian ini telah menjadi semakin merunsingkan. Mereka telah menjadi kaki judi kompulsif yang mengalami ketagihan judi serta semakin terjerumus dalam kancah pertaruhan. Tabiat menjudi secara kompulsif mereka telah mencemar imej positif dan nama baik pertaruhan dalam talian serta kasino darat yang mementingkan kesaksamaan dalam pertaruhan.
Gamblers Anoymous adalah sebuah organisasi terkenal yang membantu dan memberi sokongan kepada kaki judi yang bermasalah dan kompulsif. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kasihi memerlukan bantuan, sila jangan ragu untuk menghubungi organisasi tersebut di: www.gamblersanonymous.org.